Make your own free website on Tripod.com

PANDUAN MEMBUAT DUIT MELALUI INTERNET

Kata Pengantar

UTAMA | KATA PENGANTAR | BUKU P.M.D.I | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5

bis.gif

ASSAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,

 

Segala pujian bagi Allah swt pemerintah mutlak bagi alam semesta serta selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw beserta kaum keluarga baginda dan para sahabat rianhum seterusnya kaum muslimin dan muslimat.

Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan taufiq dan hidayahNya telah mengurniakan keizinan kepada saya demi menyiapkan serta menrealisasikan kewujudan " BUKU PANDUAN MEMBUAT DUIT MELALUI INTERNET - 1001 CARA MENJADI JUTAWAN INTERNET " yang turut saya sertakan sekali dengan " AMALAN-AMALAN MUSTAJAB - JALAN MENUJU KEKAYAAN YANG MELIMPAH RUAH ".

Begitu besar sekali harapan saya semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada sidang pembaca sekalian terutamanya bagi mereka-mereka yang benar-benar berhajat untuk memantapkan serta meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka melalui bidang ini. Alangkah moleknya sekiranya buku ini kelak dapat bersama menyumbang kearah memperkasakan lagi taraf ekonomi umah di negara kita seterusnya dapat membantu mempertabatkan lagi syiar islam di negara Malaysia yang kita cintai ini.

Lantaran itulah saya berasa terpanggil untuk menyusun buku ini. Hasil daripada penyelidikkan serta pengalaman yang telah saya rasai hampir setahun. Tambahan pula saya acapkali  mendengar keluhan para sahabat saya kerana mereka sering terpedaya dan teraniaya oleh 1001 skim membuat duit cara mudah di internet. Dewasa ini di dunia cyber terdapat terlalu banyak program atau skim seumpama ini malah ianya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tetapi langsung tidak pernah kendengaran sama sekali mereka-mereka yang benar-benar menjadi kaya raya melalui skim atau program seperti ini.

Juateru itu saya berpendapat adalah lebih wajar dan praktikal sekiranya mereka-mereka yang benar-benar berhajat ini memulakan sendiri perniagaan online berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing. Mengapa pula anda dengan begitu mudah terpedaya dengan skim atau program seperti ini ? Adakah benar begitu mudah sekali untuk menjadi jutawan segera tanpa perlu sedikit usaha sekalipun ? Apakah benar dengan hanya bermodalkan seminimum RM 20 maka seseorang itu boleh menjadi jutawan segera dalam masa 1 bulan ? Adakah benar dengan hanya membayar RM 20 kepada penganjur program maka orang ramai akan berlumba-lumba untuk membank inkan wang ke dalam akaun anda ? Adakah logik dan munasabah dalam masa sebulan sahaja anda akan menjadi jutawan segera tanpa perlu bersusah payah untuk membuat sebarang usaha malah pihak penganjur program akan berhempas pulas membuat promosi bagi pihak diri anda bagi mencapai cita-cita anda menjadi jutawan segera dalam masa 1 bulan ? Persoalan utamannya ialah telah berapa ramaikah dari kita telah berjaya menjadi jutawan segera dengan masa yang begitu singkat, tanpa sebarang usaha melalui skim dan program seumpama ini ? Inilah persoalan-persoalan yang harus sama-sama kita fikirkan.

Secara berterus terang dan ikhlas serta dengan rasa rendah diri yang teramat sangat saya ingin menyatakan bahawa sekiranya anda mengatakan 'ya' pada skim atau program seperti ini adalah lebih baik anda teruskan sahaja. Mudaha-mudahan dengan izinNya anda akan berjaya mengejar cita-cita dan impian anda. Tetapi dalam masa yang sama anda harus melupakan sahaja niat anda untuk tersus membaca artikel saya ini. Terus terang saya katakan bahawa saya tidak memerlukan mereka-mereka yang berfikiran seperti ini. Saya juga tidak berniat ubtuk membuang masa anda dari terus membaca artikel saya ini tanpa anda dapat menangkap maksud yang saya sampaikan !

Tetapi sekiranya anda berasa ragu-ragu dan was-was pada skim atau program yang saya nyatakan di atas maka saya amat berbesar hati untuk memohon kerjasama anda untuk meneruskan membaca artikel saya ini hingga habis. Niat saya hanya satu saya ingin membantu anda untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi anda disamping ingin berkongsi pengalaman dan kenangan masa lampau saya bagaimana saya memulakan semula kehidupan saya setelah saya jatuh tersungkur. Segala-galanya telah hancur lebur malah tiada satu apa pun yang tinggal untuk saya meneruskan hidup. Saya telah kehilangan segala harta saya termasuk perniagaan yang telah saya asaskan lebih dari 10 tahun ! Yang paling memilukan saya juga telah kehilangan isteri beserta anak-anak saya. Hampir 99% daripada kehidupan saya telah musnah. Mana munkin saya akan dapat bangun semula ? ( Sila teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui pengalaman pahit saya ini )

Bekat kesabaran dan keazaman yang tinggi saya cuba untuk membina semula kehidupan saya berbekalkan pengalaman pahit yang terus menghantui diri saya ketika itu. Bukanlah niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau takbur dengan apa yang saya punyai sekarang ini. Tetapi sekadar untuk dijadikan pengajaran kepada sidang pembaca sekalian disamping untuk mengingati diri sendiri agar tidak mudah lupa diri. Saya memohon kepada Allah swt supaya sidang pembaca sekalian minta dijauhkan dari apa yang telah saya lalui. Inilah episod paling sedih dalam kehidupan saya dan sudah tentunya mimpi ngeri ini tak akan dapat saya lupakan untuk selama-lamanya. Semoga yang buruk itu dijadikan sempadan dan yang baik itu dijadikan tauladan. Terlalu pahit untuk dikenang. Walau bagaimana pun saya cukup yakin dan percaya bahawa itu hanyalah sekadar ujian dari Allah swt semata-mata bahkan disebalik kejadian ini terlalu banyak hikmatnya dan sekiranya saya dapat menempuhinya dengan penuh reda serta keinsafan sudah pasti ada 1001 kenikmatan yang bakal menjelma !

Akhirnya dengan kuasa tuhan juga saya telah ditemukan dengan seorang Ustaz dan dari beliaulah saya mula mendalami ilmu ugama serta bersyukur dengan apa yang ada serta reda dengan setiap dugaanNya. Beliau merupakan orang yang mula-mula mengatakan kepada saya bahawa internet ini adalah umpamakan sebuah Lubuk Emas kepada kita semua. Tetapi kita wajib tahu membezakan mana satu intan atau permata. Menurut beliau lagi sekiranya kita tahu membuat penilaian insyaallah kejayaan sudah pasti akan berpihak kepada kita. Menurut Ustaz lagi inilah merupakan perkara asas yang wajib kita jadikan pegangan sebelum melangkah ke alam cyber. Tambahnya lagi bidang ini terlalu kuat godaan dan cabaran sekiranya kita tersilap langkah maka padahnya adalah amat buruk sekali.

Ini merupakan titik tolak dalam kehidupan saya untuk cuba mencari kebenaran akan dakwaan Ustaz itu bahawa Internet merupakan Lubuk Emas melalui dari media-media masa atau buku-buku malah saya tidak malu-malu bertanya serta berbincang dengan ramai orang. Akhirnya saya telah membuat kesimpulan memang benar seperti apa yang di perkatakan oleh Ustaz itu. Memang benar saya perhatikan bahawa sejak kebelakangan ini memang begitu banyak sekali syarikat-syarikat berlumba-lumba memulakan bisnes di internet ini. Setidak-tidaknya banyak syarikat telah mengadakan laman web mereka sendiri. Sebab apa ? Ini disebabkan mereka-mereka ini mengetahui serta amat menyedari bahawa pasaran di internet adalah terlalu amat luas sekali. Bahkan kos-kos yang berkaitan dengan pemasaran dapat dijimatkan jika dibandingkan penggunaan media-media yang lain sebagai Agent Pemasaran mereka. Melalui internet target pasaran mereka tidak terhad di dalam negara sahaja bahkan melangkaui hingga ke seluruh dunia. Tetapi perlu diingat dengan menggunakkan kaedah-kaedah dan teknik yang tertentu sahaja.

Justeru itu mengapa kita harus ketinggalan dalam meneroka peluang ini ? Bukanlah niat saya untuk menyuruh anda semua bersaing dengan syarikat-syarikat ini tetapi memadailah dengan kita turut serta menyertai perlumbaan ini, walaupun kita munkin akan berada di tempat yang terbelakang sekali. Biarkanlah mereka yang mempunyai modal jutaan RM ini mendahului perlumbaan dan kita yang hanya bermodalkan RM 10 menduduki tempat yang terbelakang. Tetapi perlu diingat adalah tidak mustahil sekiranya kita yang bermodalkan RM 10 ini dapat membuat keuntungan yang mungkin berjumlah jutaan RM ! Insyallah dengan teknik-teknik yang betul serta kaedah-kaedah yang tepat dan sesuai impian kita ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Cuba kita renungkan andaikata kita dapat berurusniaga dengan 1 juta orang dan tiap satu urusniaga kita membuat keuntungan bersih sebanyak RM 1 maka impian kita ini sudah pasti akan terlaksana.

Andaikata kita gagal sekalipun sebenarnya kita tidak ada rugi apa-apa kalau hendak dibandingkan dengan mereka-mereka yang membuat pelaburan yang besar dalam syarikat-syarikat tadi. Ini disebabkan modal kita hanya berjumlah RM 10 andaikata kita rugi sekalipun kita hanyalah kerugian RM 10 dan usaha-usaha kita berbanding dengan syarikat-syarikat tadi. Mereka pula akan kerugian sejumlah jutaan RM ! Apa yang saya tekankan di sini ialah tentang konsep yang saya amalkan iaitu "meminimumkan modal dan kos tetapi memaksimumkan keuntungan". Sebenarnya kalau gagal sekali pun kita masih lagi membuat keuntungan iaitu keuntungan dari segi menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan serta dengan pengalaman-pengalaman yang baru yang sudah tentunya amat berharga sama sekali ! Saya juga amat yakin bahawa faktor kejayaan sesuatu usaha itu adalah bukannya urusan kita biarlah Allah swt yang menentukan. Dia maha mengetahui akan segala-galanya, disebalik tiap kejadian itu sudah pasti ada hikmat yang tersembunyi. Tetapi insyallah Yang Maha Esa tidak akan mensia-siakan hambaNya yang berusaha asalkan betul dan selari dengan apa yang disuruhNya.

Menurut Majalah Small Business Opportunities yang beroperasi di AS bahawa Perusahaan Home
Based Business
di AS adalah sebuah perusahaan yang bernilai AS$ 200 bilion setahun dan dilakukan hampir oleh 6 juta orang. Menurut majalah ini lagi bahawa 95% daripada mereka ini menggunakkan internet sebagai kaedah utama urusniaga mereka ! Ini adalah satu contoh yang amat baik sekiranya internet ini digunakkan dengan cara yang betul dan berfaedah.

Sedangkan suatu ketika dahulu ketika itu saya belum lagi mampu untuk membeli komputer, maka sering ke Internet Cafe di sekitar Subang Jaya dan Kuala Lumpur dan saya mendapati majoriti pengguna Internet Cafe lebih tertumpu kepada ruangan chatting, laman mencari teman, game dan laman lucah ! Yang paling memeranjatkan saya bukan hanya setakat golongan muda sahaja yang mengemarinya malah golongan yang sudah berumur juga turut melayarinya di tengah keriuhan golongan muda. Inilah sebenarnya wabak yang melanda negara kita, bahkan menurut teman-teman saya wabak ini turut melanda bandar lain di Malaysia seperti Melaka, P.Pinang, Johor Baharu dan lain-lain. Fenomena bukan sahaja menghantui Internet Cafe serta turut melanda pejabat-pejabat dan apatah lagi kalau rumah-rumah persendirian. Cuba kita bayangkan bagaimana kita hendak menjadi maju sekiranya pemikiran kita masih lagi dibelenggu oleh perkara-perkara negatif seperti ini ?

Oleh yang demikian sekiranya kita benar-benar ingin mengubah nasib serta taraf ekonomi kita maka kita haruslah telah bersedia untuk melontarkan jauh-jauh nilai-nilai yang tak berfaedah ini. Kita sudah semestinya telah membuat pilihan yang tepat serta hala tuju diri kita. Ubahlah cara pemikiran diri kita serta tingkatkan keyakinan diri kita. Tanamkan azam di minda kita bahawa kita juga mesti berjaya sebagaimana orang lain. Kalau orang lain boleh berjaya mengapa pula kita tidak boleh ? Andaikata kita berjaya mengubah diri kita sebagaimana orang lain yang telah berjaya maka saya tidak nampak apa sebab kita semua tidak boleh berjaya? Insyallah kita juga pasti akan berjaya suatu hari kelak !

Cuba kita perhatikan masyarakat yang ada di sekeliling kita. Mereka-mereka yang sering memberikan 1001 alasan daripada berusaha menimba ilmu dan jauh sekali daripada berusaha adalah mereka-mereka yang tidak ada peningkatan dalam hidup. Mereka masih lagi berada jauh kebelakang terutamanya dari soal ekonomi dan taraf hidup jika nak dibandingkan dengan orang lain. Dari dahulu hinggalah ke saat ini biasanya mereka-mereka yang fikiran yang sekolot ini tidak akan ada peningkatan dalam hidup mereka. Baik dari segi pendapatan, gaya hidup, keluarga atau apa sahaja dan adakah anda tergolong dalam golongan seperti ini ?

Sesungguhnya Allah swt tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang cuba mengubahnya. Justeru itu " BUKU PANDUAN MEMBUAT DUIT MELALUI INTERNET - 1001 CARA MENJADI JUTAWAN INTERNET " yang turut saya sertakan sekali dengan " AMALAN-AMALAN MUSTAJAB - JALAN MENUJU KEKAYAAN YANG MELIMPAH RUAH " adalah salah satu usaha anda untuk menuju kearah ini. Insyallah anda akan dapat memulakan sendiri perniagaan anda dalam masa 2 hari sahaja sekiranya anda mengikuti segala program yang telah disediakan.

Cuma satu pesan saya supaya anda tidak akan menjadikan kegagalan anda pada masa lampau sebagai batu penghalang untuk kejayaan pada masa akan datang. Sesungguhnya anda masih belum terlambat lagi untuk mengubahnya. Anda sebenarnya masih punyai masa banyak lagi untuk bertindak. Mengapa anda tidak bertindak sekarang? Adakah anda ingin menunggu 10 tahun lagi untuk bertindak? Adakah anda tidak bimbang akan masa depan anda? Sekiranya anda terlalu lambat untuk bertindak bagi mengubahnya, anda bukan sahaja kerugian masa malah derita dan masalah pasti akan datang bertimpa-timpa! Orang-orang tua telah membuktikan bahawa sesal dahulu berpendapatan tetapi sesal kemudian adalah tidak berguna lagi ! Nasi sudah menjadi bubur mana munkin akan menjadi nasi semula? Oleh yang demikian bertindaklah segera bagi mengubah hidup anda. Hormati dan hargailah diri anda sesungguhnya anda juga berhak menjadi kaya raya serta hidup didalam kegembiraan serta dihormati dan disanjung tinggi. Bukankah ini yang kita semua impikan ?

Sebenarnya episod duka dalam hidup saya telah berlaku pada penghujung tahun 1996. Perniagaan yang telah saya asaskan sejak 10 tahun yang sudah telah ranap serta berkecai sama sekali. Saya bukan sahaja telah kehilangan perniagaan saya malah saya telah kehilangan "hidup" saya juga. Anak isteri saya telah pergi meninggalkan saya bahkan saya juga tidak mempunyai rumah untuk saya berteduh dari panas dan hujan. Rakan-rakan dan saudara mara sebenarnya hanya untuk masa kita berada sahaja tetapi apabila kita menangis kita perlu menangis seorang diri. Isteri yang saya limpahkan dengan kemewahan suatu masa dulu turut pergi meninggalkan saya bahkan yang paling menyayat hati dia telah mulakan hidup baru dengan rakan baik saya sendiri. Saya benar-benar terkontang kanting pada masa itu. Bagaikan layang-layang yang telah terputus talinya maka saya mengikut sahaja haluan angin yang membawa. Demi kemudahan tempat tinggal atau asrama maka saya telah bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Kuala Lumpur. Saya telah ditugaskan untuk menjaga sebuah rumah kepunyaan seseorang bergelar "Tan Sri" dan di sinilah telah mengubah hidup saya semula.

Tan Sri telah membekalkan kami dengan sebuah komputer dan juga kemudahan internet yang di letakkan di dalam Guard Post bagi memudahkan kami menghantar laporan harian kepada beliau melalui email. Terutamanya jika beliau berada di luar negara. Di sinilah saya pertama sekali berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan internet. Malah selepas itu barulah saya berjumpa dengan Ustaz yang mengatakan bahawa sesungguhnya internet itu adalah lubuk emas jika kita tahu menggunakkannya dengan betul. Alhamdulillah selepas 8 bulan dari ini barulah saya dapat merasai nikmat penggunaan internet ini sekiranya digunakkan dengan betul hinggalah ke hari ini.

Justeru itu kalau saya boleh bangun semula dari mimpi yang amat ngeri ini mengapa pula anda tidak ? Pada hemat saya yang paling penting hanyalah semangat dan keazaman yang tinggi sahaja untuk mengubah nasib kita. Inilah sahaja sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya ada. Dengan rasa rendah hati serta hati yang ikhlas saya ingin berkongsi rahsia ini dengan anda, tetapi dengan syarat anda sanggup untuk bekerja keras serta berusaha untuk mempelajarinya serta bersungguh-sungguh untuk mempraktikkannya!

Cuba kita sama-sama bayangkan ada berapa jutakah pengguna internet di Malaysia ini? Katakanlah 1 juta orang yang berurus niaga dengan anda dan keuntungan bersih dari urusniaga ini adalah RM 1 tiap seorang maka kalau 1 juta orang maka anda telah menjadi jutawan pada hari ini !

FIKIRKANLAH................. KERANA MASA DEPAN ANDA TERLETAK PADA TANGAN ANDA DAN ESOK BERMULA PADA HARI INI !!

Mudah-mudahan usaha kita mendapat keredaan daripada Allah swt serta selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah swt dan RasulNya. Semoga usaha-usaha kita ini diperkenankan oleh Allah swt serta mendapat pertolongan dariNya dan syafaat dari Rasulullah saw agar dikabulkan segala yang dihajatkan, serta segala apa yang kita impikan insyallah.

Wallahualam hanya Allah swt yang maha mengetahui! Washollallohu 'ala Sayyidina Muhammad wa'ala aalihi washobihi Wasallam.

 

FA-IN LAM TAF'ALUU FAMAA BALLAGHATA RISAALATAHU LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAHIL 'ALIYYIL'ADHIIM.

 

 

Zulhairi B Haji Sahari,

Penyusun.

ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE :

hak cipta terpelihara - pmdmi 2005